Expired : 18.06.18

Apple Menambah Pengesahan Tambahan Untuk Mengelak Anda Membuat Langganan-Dalam-Aplikasi Tanpa Sengaja

Salah satu perkara yang mungkin ramai pengguna peranti iOS tidak menyukai adalah apabila mereka secara tidak sengaja membuat langganan atau pembelian dalam aplikasi – terutamanya bagi anda yang menggunakan iPhone lama berasaskan Touch ID. Menjadi kebiasaan apabila anda ingin keluar ke skrin utama dan ingin menekan butang “Home”, tetapi secara tidak sengaja mengesahkan pembelian berkenaan disebabkan Touch ID.


Perkara ini turut digunakan beberapa pembangun aplikasi dalam menambah pendapatan mereka, serta menjadikan pengguna tertipu.


Kini, untuk mengelak perkara berkenaan, Apple menambah paparan skrin tambahan yang mengesahkan anda membuat langganan atau pembelian – selain turut menyatakan untuk pengguna boleh mengelak pembaharuan dengan mematikannya pada halaman tetapan.


Ciri paparan baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna iOS – sekaligus mengelak anda menjadi mangsa tertipu kepada langganan digital dan sebagainya.




Whoa! Apple added an additional confirmation step for subscriptions. This new alert comes after you confirm with Touch ID/Face ID. I hope they address this in a more elegant way in iOS 13, but I’m thrilled Apple took a definitive step to curb scam subscriptions. 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop