Expired : 18.06.18

Apple Mengadakan Acara Khas Pada 25 Mac – Memperacah Perkhidmatan Penstriman Video

Ura-ura mengenai Apple akan melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka telah didengari sejak penghujung tahun lalu. Pagi ini mereka secara rasmi mengesahkan akan mengadakan acara pada 25 Mac ini dengan slogan “It’s Show Time”. Ini ialah petanda yang paling jelas perkhidmatan ini akah akhirnya dilancarkan pada tarikh tersebut.



Apple Event, March 25, 2019. 10am PDT. Steve Jobs Theater, Cupertino California.


It’s show time! pic.twitter.com/b0IhYj7GHs


— Rene Ritchie (@reneritchie) March 11, 2019



Selain perkhidmatan penstriman video, perkhidmatan Apple News juga dipercayai akan dilancarkan pada acara yang sama. Berita buruk bagi mereka yang menantikan kemas kini iPad ialah, tablet baharu iPad Mini dan iPad mungkin tidak akan dilancarkan kerana acara ini akan menumpukan perhatian kepada perkhidmatan dan bukan perkakasan.


Norlida Ishak Shop