Expired : 18.06.18

Apple Mengurangkan Penghasilan iPhone XS, XS Max Dan iPhone XR Sekali Lagi

Minggu lepas, Apple dilaporkan di mana permintaan iPhone XS, XS Max dan XR dikatakan rendah. Jualannya adalah kurang dari sangkaan mereka, sehinggakan iPhone X ingin dijual semula. Kurang seminggu laporan ini, sekali lagi – Apple dilaporkan mengurangkan lagi penghasilan model-model baru iPhone ini.


Menurut sumber, kilang yang menghasilkan cip 7nm A12 Bionic iaitu TSMCtempahan buat cip berkuasa ini semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, rakan pembekal yang lain turut melaporkan di mana pendapatan mereka untuk bulan November adalah semakin rendahLargan Precision iaitu pembekal lensa kamera iPhone mengatakan, hasil pendapatan mereka adalah rendah jika dibandingkan antara November dan Oktober.



Bukan itu sahaja, Career Technology yang membekalkan PCB (Printed Flexible Board) fleksibel untuk iPhone terpaksa memecat 110 pekerja untuk menangani masalah kurang tempahan dari Apple. Beberapa rakan pembekal lain dari Taiwan turut dilaporkan terkesan akan masalah ini.


Di Jepun, disebabkan jualan iPhone XR ini kurang – ia terpaksa dijual pada harga runtuh pada sekitar RM887 sebuah melalui pelan telko terpilih.


Norlida Ishak Shop