Expired : 18.06.18

Apple Watch Series 4 Diperkenalkan Dengan Sokongan ECG Dan Skrin Lebih Besar

Apple hari ini telah mengambil pentas utama dan memperkenalkan sejumlah peranti baru. Peranti utama yang diperkenalkan oleh Apple pada acara ini adalah Apple Watch Series 4.


Jam tangan pintar ini kini membawakan rekaan skrin yang sedikit lebih besar berbanding sebelumnya, dan sedikit melengkung dibahagian tepi. Dengan meningkatkan lagi saiz skrin, Apple juga turut meningkatkan saiz talinya kepada 40 mm dan juga 44 mm.


Apple Watch Series 4


Bersama-sama dengan pengenalan jam tangan pintar baru ini, Apple turut mengumumkan pengenalan beberapa muka jam baru yang menawarkan pelbagai pilihan baru.


Apple Watch Series 4


Digital Crown pada bahagian tepi pula kini turut menyertakan sokongan tindak-balas haptik – sekaligus memudahkan lagi anda membuat sesuatu pilihan.


Apple turut mengatakan Apple Watch Series 4 membawakan speaker yang lebih 50% kuat berbanding sebelum ini. Mikrofon juga telah dialihkan sedikit daripada speaker dalam memberikan panggilan suara yang lebih jelas melalui jam tangan pintar berkenaan.


Menjana jam tangan pintar ini adlaah cip Apple S4 yang menawarkan rekaan dwi-teras berasaskan 64-bit. Apple menjanjikan kuasa pemprosesan lebih dua kali ganda bersama-sama dengannya. Beberapa sensor turut ditambah-baik, dan kini Apple Watch Series 4 turut boleh mengetahui bila anda terjatuh.


Apple Watch Series 4 juga kini boleh memantau ECG – yang mana memantau ritma denyutan jantung, sekaligus membolehkan ia menilai sebarang penyakit berkaitan jantung. Penawaran melalui Apple Watch Series 4 ini, ia sekaligus menjadikannya produk yang dilengkapi ECG dan boleh didapati oleh sesiapa dengan mudah dari kedai.


Apple Watch Series 4


Melengkapkan jam tangan ini juga adalah sokongan ketahanan bateri sehingga 18 jam, selain kebolehan digunakan ketika berenang dan bersenam.


Seperti biasa, Apple akan menawarkan beberapa tali jam khusus yang boleh disesuaikan dengan jam tangan pintar ini. Ia akan dijual dalam variasi bersama selular dan tanpanya. Apple Watch Series 4 akan dijual bermula 21 September ini di beberapa buah negara. Tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.


Apple Watch Series 4


Apple Watch Series 4


Apple Watch Series 4


Apple Watch Series 4


Apple Watch Series 4


Apple Watch Series 4


Apple Watch Series 4


Norlida Ishak Shop