Expired : 18.06.18

Arenas rangkul kejuaraan sulung




PELUMBA Gaviota Angel Nieto, Albert Arenas merangkul kejuaraan sulung Moto3 musim ini selepas memberi tunggangan bertenaga di Grand Prix (GP) Thailand, hari ini.


Arenas menggunakan kesempatan yang ada di selekoh terakhir di Litar Antarabangsa Chang untuk memintas Lorenzo Dalla Porta.


Dalla Porta dari Leapord Racing terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini selepas kali pertama muncul juara di GP Jerman.


Tempat ketiga diraih pelumba Estrella Galicia 0,0, Alonso Lopez.




Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 2:18 PM



Norlida Ishak Shop