Expired : 18.06.18

Arsenal banyak kepincangan : Arteta

MIKEL Arteta merasakan terdapat banyak kepincangan ketika dia mengambil alih tugas pengendali di Arsenal, hujung tahun lalu.


Arteta bekas kapten Arsenal dilantik sebagai ketua jurulatih Disember lalu bagi menggantikan Unai Emery.


Arteta, yang merekodkan lapan kemenangan dan enam seri dalam 16 perlawanan sebelum musim ini ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, berkata adalah sukar untuk mempercayai Arsenal terjerumus di kedudukan itu.



"Jelas sekali melangkah masuk ke kelab ini pada waktu itu bukan mudah tetapi kata kuncinya adalah tenaga," katanya kepada pemain legenda The Gunners, Ian Wright, dalam satu temubual untuk Adidas.


"Saya rasakan tenaga di gelanggang latihan, stadium, tidak sepadan untuk kelab sehebat ini memandangkan saya pernah berada di sini.


"Saya bernasib baik kerana pernah beraksi di sini jadi pada peringkat awal semua orang perlu memikirkan seperti itu kerana terdapat banyak kepincangan dalam banyak aspek dan saya mahu menyatukan semua orang.


"Pertama sekali, untuk memahami betapa bertuahnya kami dapat berada di sini dan kemudian mempunyai hala tuju yang sangat jelas di mana kami mahu berada."


Arsenal berada di tangga kesembilan, lapan mata dipisahkan dengan pasukan di tempat keempat sebelum kempen Liga Perdana ditangguhkan berikutan Covid-19.