Expired : 18.06.18

Arteta fokus pulih keyakinan penyokong

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta berkata, dia mahu membina kembali hubungan kelab itu dengan penyokong mereka.


Gunners yang seri 1-1 di Bournemouth kelmarin dalam aksi pertama kendalian Arteta hanya menang sekali dalam 14 perlawanan liga dan piala.


"Saya sangat berbesar hati dengan cara layanan penyokong ke atas pemain ketika menentang Bournemouth," kata Arteta.


"Saya gembira melihat pemain mendekati penyokong selepas perlawanan kerana kami mahukan hubungan itu.”


Katanya lagi: "Perlahan-lahan kami perlu bina kembali hubungan itu kerana kami saling memerlukan.”


Perlawanan Arsenal berikutnya di tempat sendiri menentang pencabar London, Chelsea malam esok dengan misi meraih kemenangan pertama di Stadium Emirates sejak menewaskan Bournemouth 1-0 pada 6 Oktober lalu.


Gunners kini berkedudukan di tangga ke-11, lapan mata di belakang pasukan di tangga keempat, Blues.


"Kami beraksi untuk mereka. Pada akhirnya, mereka mengharapkan lebih daripada kami,” kata Arteta.


"Kami perlu menggembirakan mereka, perlu menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Apabila kami menang, mereka pasti lebih baik kerana lebih gembira.


"Ini menjadi tugas kami dan kami perlu melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Pertama, saya fikir saya perlukan pemain dan jika saya dapat meyakinkan pemain selepas itu kami yakinkan penyokong.”


Norlida Ishak Shop