Expired : 18.06.18

Asingkan diri, KJ rai hari jadi anak ikut tingkap

Khairy Jamaluddin memilih mengasingkan diri di rumah kerana bimbang risiko Covid-19. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Khairy Jamaluddin memilih mengasingkan diri di rumah kerana bimbang risiko Covid-19. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Ketika wabak Covid-19 melanda, menteri Khairy Jamaluddin berkesempatan meraikan hari jadi anak bongsunya yang kelima namun hanya dapat memeluknya melalui tingkap.

 Khairy berkata dirinya terpaksa mengasingkan diri selepas pulang bekerja, bimbang membawa virus dan menjangkiti keluarga terutamanya kepada ibunya.


“Selamat hari jadi kelima anakku. Disebabkan Papa perlu keluar bekerja, Papa memutuskan untuk mengasingkan diri apabila pulang ke rumah,” catatnya kepada Rais Averros di Instagram.




“Papa sedih tidak dapat peluk dan cium kamu hari ini dan kita hanya boleh bersua melalui tingkap.


“Bila kamu besar, saya akan ceritakan bagaimana semua orang di dunia ini memainkan peranan masing-masing untuk membantu satu sama lain. Sayang kamu, Raif ku.”


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu memuat naik foto dirinya sedang tersenyum memandang Raif namun dipisahkan melalui gelas kaca.


Malaysia sedang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakann selama dua minggu sejak 18 Mac lalu bagi mengekang wabak Covid-19 terus menular.


Bagi menyelaras pelaksanaannya, jawatankuasa khas menteri-menteri ditubuhkan, dan semua menteri perlu melaporkan setiap tindakan kementerian masing-masing kepada jawatankuasa itu setiap hari hingga 31 Mac.