Expired : 18.06.18

Asteroid BB5 pula dekati bumi


BANGI, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) meramalkan sebiji lagi asteroid bakal melintasi bumi pada Khamis, 8 Februari jam 10.18 pagi waktu GMT.


Dinamakan Asteroid 2019 BB5 ia dilaporkan akan melintasi orbit pada jarak yang hampir dengan bumi.


Pendedahan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas sebiji asteroid lain, Asteroid 2013 RV9 – bersaiz lima kali ganda lebih besar berbanding piramid Sphinx di Giza – melintasi orbit hari ini, jam 6.30 pagi tadi waktu GMT (1.30 petang waktu Malaysia).


Pemerhatian terhadap objek asing BB5 itu mula dilakukan dengan terperinci pada malam 30 Januari, dan kali terakhir ia dicerap ialah pada 4 Februari lalu.


Pihak NASA mendedahkan, asteroid BB5 itu akan mendekati planet ini dengan jarak sekitar 4.25 juta kilometer (km), iaitu hampir dua juta kilometer lebih rapat, berbanding RV9 yang melintasi orbit pada jarak 6.85 juta km.


NASA bagaimanapun mengeluarkan kenyataan, walaupun jarak itu secara relatifnya adalah dekat dari sudut astronomikal, hakikatnya ia masih jauh dari bumi.


“Perhatikan bahawa walaupun ianya agak ‘dekat’ secara astronomikal, namun sebenarnya ia boleh jadi sangat jauh dari segi jarak hakiki dengan planet ini, iaitu berjuta-juta atau bahkan berpuluh-puluh juta kilometer.”


Menurut Makmal Propulsi Jet (JPL), Asteroid BB5 dianggarkan berdiameter di antara 12 hingga 28 meter.


Dengan kata lain, asteroid itu berukuran 14 kali lebih besar berbanding katil bersaiz queen, atau tujuh kali ganda saiz kereta Volkswagen Beetle.


Pada masa ini, dianggarkan sekitar 791,515 asteroid yang diketahui dan 3,562 komet yang diketahui berlegar di angkasa lepas dalam laluan merapati orbit.


“Dengan keteraturan yang semakin meningkat, saintis menemui asteroid dan komet dengan orbit luar biasa, yang membawa mereka sangat hampir kepada bumi dan matahari.


“Sebenarnya, sangat sedikit yang memberi ancaman menghentam planet kita, namun kita tetap perlu memahami sifatnya, dan adalah lebih baik untuk kita bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya jika objek asing itu berada dalam laluan yang boleh memberi ancaman.


“Dengan mengetahui ukuran, bentuk, jisim, komposisi dan struktur objek-objek ini akan membantu menentukan cara terbaik untuk mengalihkannya daripada mengancam bumi,” kata NASA. – Agensi


The post Asteroid BB5 pula dekati bumi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop