Expired : 18.06.18

Asus ROG Phone 2 Dengan 1TB Storan Dan 12GB RAM Kini Mula Dijual – Berharga RM4499

Asus Malaysia telah pun mula menawarkan ROG Phone 2 sejak daripada bulan Oktober lepas untuk pasaran Malaysia. Namun, ketika pengenalan, hanya variasi storan 512GB sahaja ditawarkan.


Kini, ia berubah, apabila pihak Asus Malaysia telah pun turut mula menawarkan Asus ROG Phone 2 dengan storan 1TB untuk pasaran tempatan.


Asus ROG Phone 2


Selain daripada saiz storan, penawaran lain adalah sama seperti versi sebelum ini. Ia hadir dengan skrin 6.59-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori 12GB RAM, dilengkapi dwi-kamera belakang 48MP + 13MP, dan kamera swafoto 24-megapixel


Melengkapkan peranti ini adalah sejumlah aksesori khusus, selain ciri-ciri menarik memfokuskan permua bersama dengannya.


Di Malaysia, Asus ROG Phone 2 ini dengan storan 1TB ditawarkan pada harga RM4499.



Norlida Ishak Shop