Expired : 18.06.18

Asus VivoBook Ultra A512 Dan A412 Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM2899

Selain Asus VivoBook Ultra K403, dua lagi komputer riba Asus VivoBook Ultra A412 Dan A512 turut dilancarkan semalam. Kedua-duanya mempunyai dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce MX250 dan kustomasi spesifikasi yang lebih baik.


Kita mulakan dengan VivoBook Ultra A412 terlebih dahulu dengan skrin 14″ HD penuh, dijana cip Intel Core i5-8265U. memori sehingga 16GB RAM DDR4, storan sehingga 512GB PCIe dan bateri dwisel sebesar 37 Wh. Terdapat pilihan I/O USB-C. USB-A, pembaca kad, bicu audio dan HMDI 1.4 terbina. Kesemuanya dimasukkan ke dalam kerangka yang hanya sebesar 1.5 Kg.


Seterusnya ialah VivoBook Ultra A512 terlebih dahulu dengan skrin 15.6″ HD penuh, dijana cip Intel Core i5-8250U. memori sehingga 16GB RAM DDR4, storan sehingga 512GB PCIe dan bateri dwisel sebesar 37 Wh. Terdapat pilihan I/O USB-C. tiga USB-A, pembaca kad, bicu audio dan HMDI 1.4 terbina. Kesemuanya dimasukkan ke dalam kerangka yang hanya sebesar 1.6 Kg.


Kedua-dua model turut hadir dengan pengimbas cap jari terbina pada pada sesentuh yang menyokong Windows Helllo. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 10 Home. Walaupun berbeza spesifikasi, kedua-dua VivoBook Ultra A512 dan A412 dijual pada harga bermula RM2899 sebuah.


Norlida Ishak Shop