Expired : 18.06.18

ASUS ZenBook 13, 14 Dan 15 Bakal Diperkenalkan Di Pasaran Malaysia Pada 10 Januari

Bagi mereka yang sedang mencari-cari sebuah laptop yang padat dan berkuasa untuk tujuan kerja, ASUS bakal hadir dengan sebuah komputer riba siri ZenBook mereka yang dinamakan ASUS ZenBook 13, 14 dan 15.


Seperti yang dinyatakan di dalam nama model, siri komputer riba ASUS ZenBook ini hadir dengan pilihan paparan bersaiz 13, 14 dan 15 inci. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-8265U untuk model 13 dan 14 inci dan CPU Intel Core i7-8565U untuk model 13 dan 15 inci,



Dari segi memori DDR4 8GB untuk model 13 dan 14 inci, dan 16GB untuk model 15 inci. Kesemua model-model komputer riba ASUS ZenBook ini hadir dengan storan PCIe SSD bersaiz 512GB.


Ketiga-tiga laptop ini turut hadir dengan kemampuan grafik. Model 13 dan 14 inci dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150, manakala model 15 inci mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 MaxQ 2GB.



The new ZenBook 13 is coming to town soon. Ready to unleash your creative power? Register before 6 January to get exclusive invite to our launch. Limited seats only!


Register here: https://t.co/KOYIjbM2qc


#ZenBook13MY #SmallerThanA4 pic.twitter.com/6omFnvwuHd


— ASUS Malaysia (@asusmobilemy) January 2, 2019



Walaupun ketiga-tiga laptop ini hadir dengan saiz paparan yang berbeza, ketiga-tiga komputer riba ini cilengkapi dengan resolusi Full HD 1920×1080 yang menggunakan skrin NanoEdge dengan sudut pandangan besar 178 darjah dan juga rekaan hampir nirbingkai.


Menurut kicauan ASUS Mobile Malaysia di Twitter, siri ASUS ZenBook ini akan hadir di pasaran Malaysia pada 10 Januari tidak lama lagi. Buat masa ini, tanda harga untuk ketiga-tiga laptop ini masih belum diumumkan.


Norlida Ishak Shop