Expired : 18.06.18

Asus Zenfone Max M2 Bakal Memasuki Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Asus Malaysia telah pun sedia membawa masuk telefon pintar Zenfone Max Pro M2 pada bulan lepas. Kini, selain daripadanya, Asus Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan membawa masuk satu lagi telefon pintar untuk pasaran tempatan, iaitu Asus Zenfone Max M2.




Asus Zenfone Max M2 merupakan variasi berharga sedikit rendah berbanding Max Pro M2 sebelum ini, selain mengekalkan rekaan peranti yang lebih kurang sama serta penggunaan sistem operasi Android asli tanpa penambahan antaramuka.


Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci HD+, cip Snapdragon 632, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.


Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 4000mAh, selain menggunakan mikro-USB untuk tujuan pengecasan.


Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk Zenfone Max M2 masih tidak diketahui lagi, dan dijangka dikongsikan oleh Asus pada minggu hadapan, 11 Januari 2019.


Norlida Ishak Shop