Expired : 18.06.18

‘Audit LTAT 2018 bohong belaka’


SEREMBAN, 2 Syaaban 1440H, Isnin – “Audit yang diisytihar tahun 2018 lalu bohong saja,” kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, ketika mengulas isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang lewat diisytiharkan.


Lebih dikenali sebagai Mat Sabu, beliau yang juga Presiden PAN menjangkakan laporan audit khas LTAT akan diisytihar dalam tempoh terdekat.


“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong. Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.


“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” katanya ketika berceramah di Kampung Mambau di sini pada siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, malam tadi.


Sementara itu, Bernama melaporkan Mat Sabu berkata, Lembaga Tabung Haji akan terus mengalami kerugian yang teruk jika ia masih di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.


Beliau berkata, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), isu kelemahan tadbir urus kewangan yang membelenggu TH sebelum ini telah dan sedang diatasi.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi supaya jangan termakan dakyah dan fitnah daripada pembangkang kononnya TH diuruskan oleh DAP.


Mohamad berkata, di bawah kerajaan PH, bukan sahaja orang Melayu dibela bahkan semua kaum di negara ini turut terbela, dan tuduhan pembangkang kononnya keistimewaan yang dinikmati kaum Melayu akan terhakis adalah tidak benar.


Beliau berkata, UMNO dan PAS memainkan sentimen perkauman untuk menarik orang Melayu dengan mendakwa PH dikuasai oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan.


Dalam pada itu, Mohamad menyeru pengundi DUN Rantau, khususnya orang Melayu tidak mempercayai momokkan bahawa nasib mereka tidak terbela di bawah PH, dan menyokong calon PH bagi kelestarian kehidupan dan kawasan berkenaan.


PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, Dr Streraml calon Barisan Nasional yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, serta dua calon Bebas iaitu suri rumah, R Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.


The post ‘Audit LTAT 2018 bohong belaka’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop