Expired : 18.06.18

Avengers Assemble! Rancakkan Cuti Sekolah Dengan Pakej Terbaru Pameran Marvel Studio!

Avengers Assemble! Rancakkan Cuti Sekolah Dengan Pakej Terbaru Pameran Marvel Studio!
Cuti sekolah hampir tiba, namun selalunya masa yang diberikan kebanyakkan akan terbuang begitu saja.
 
Ada baiknya sebagai ibu bapa kita merancang aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat bukan?
 
Namun, tahukah anda pameran ‘Marvel Studios: Ten Year of Heroes Exhibition’, kini menawarkan promo cuti sekolah khusus untuk pengguna Astro?
 
Menerusi pakej eksklusif ini, anda boleh membawa anak dan saudara mara menikmati pameran terhebat ini dengan hanya RM128!
 
Pada yang tidak tahu tentang pameran ini, ia diadakan bersempena ulang tahun Marvel yang ke-10.
 
Anda bakal menyaksikan pelbagai props, konsep seni, kostum, senjata yang digunakan dalam kesemua filem MCU. Semuanya real okay!

Terdapat 10 galeri kesemuanya termasuklah Iron Man, Dr Strange, Black Panther, Thor, Captain Marvel dan banyak lagi.
 
Antara kelengkapan dan senjata menarik yang boleh dijanjikan termasuklah Arc reactor Iron Man, penukul ikonik Thor Mjolnir, Stormbreaker, serta Loki Scepter.
 
Untuk rekod, tawaran ini hanya sah untuk 'family pack' terdiri daripada dua dewasa dan dua tiket kanak-kanak.
 
Tawaran ini juga hanya sah untuk ditebus di pameran Marvel yang bertempat di level 10, Pavilion Kuala Lumpur.
 
Untuk pengguna yang layak, anda hanya perlu mengemukakan penyata bil fizikal Astro atau e-bil semasa penebusan.
 
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://rewards.astro.com.my.
 
Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan tiket dengan pakej keluarga ini sehingga 25 Ogos 2019.


 

Norlida Ishak Shop