Expired : 18.06.18

‘Avengers: Endgame’ Sah Akan Ditayang 2 Hari Lebih Awal Di Malaysia

Golden Screen Cinema (GSC) baharu sahaja mengesahkan tarikh tayang filem yang ditunggu-tunggu ramai, ‘Avengers: Endgame’ iaitu pada 24 April ini. Pengesahan ini baharu sahaja dikongsikan di laman sosial rasmi GSC di Facebook dan Twitter. Menariknya tarikh tayang di Malaysia dijadualkan 2 hari lebih awal dari tarikh tayangan di Amerika Syarikat.

Manakala TGV Cinema dalam satu kenyataan balas di Twitter memaklumkan bahawa mereka bakal membuka slot tempahan awal untuk tayangan berkenaan. Namun setakat ini belum ada tarikh pasti untuk tempahan awal tiket.

Semalam Marvel Cinematic Universe telah berjaya memberi kejutan buat peminat yang sudah tidak sabar menanti tayangan filem tersebut dengan melancarkan trailer rasmi. Setakat ini, trailer tersebut telah meraih jumlah tontonan sehingga 30 juta views dalam masa 24 jam sahaja di YouTube.


Norlida Ishak Shop