Expired : 18.06.18

‘Awal Boleh Sesat Di Bumi Islam’ – Hanya Kerana Hashtag, Awal Ashaari Dicop Lupa Diri

Buat mereka yang mengikuti Awal Ashaari di Instagram sudah tentu sedia maklum pengacara popular itu kini sedang bercuti di Amerika Syarikat bersama isteri tersayang, Scha Alyahya.


Kebetulan ketika kunjungannya ke sana, negara itu turut mengadakan hari memperingati tragedi rempuhan 9/11 yang menyambut ulangtahun kali ke-17.




Awal turut memuatnaik satu foto polis negara berkenaan dengan kapsyen dia tidak percaya kejadian berdarah itu telah berlalu selama 17 tahun lalu. Turut disertakan adalah hashtag #godblessamerica.


Hashtag berkenaan disalaherti dan ramai yang menganggap Awal tidak sepatutnya menyertakan hashtag sedemikian kerana negara Uncle Sam itu telah banyak menyerang negara Islam.







Ada yang berpendapat kapsyen Awal itu tidak wajar kerana angkara serangan berkenaan, negara seperti Syria dan Afghanistan masih diserang sehingga sekarang. Malahan, gara-gara insiden itu Islam digelar sebagai pengganas.




Sumber: Awal Ashaari via ohbulan


Norlida Ishak Shop