Expired : 18.06.18

AWS DeepRacer Diperkenalkan – Kereta Lumba Miniatur Bagi Menguji Reinforced Learning

Pada ucaptama AWS re:Invent 2018 hari ini, banyak penekanan diberikan kepada arena kecerdasan buatan. Sebagai kesinambungan kepada pengumuman Amazon SageMaker RL, pihak AWS turut memperkenalkan kereta lumba miniatur bagi menguji algoritma Reinforcement Learning pembangun iaitu AWS DeepRacer.


AWS DeepRacer merupakan kereta lumba miniatur yang mempunyai pelbagai sensor membolehkan proses pembelajaran mesin dilakukan pada dunia nyata. Pembangun perlu memprogram dari Amazon SageMaker RL, dan memberikan maklumbalas positif atau negatif terhadap simulasi baik secara maya atau nyata bagi membolehkan algoritma tersebut dilatih.



Dari segi rekaan, AWS DeepRacer adalah berskala 1/18 dari kereta lumba, serta dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Atom Dwi-teras, kamera HD, Accelerometer, Giroskop, lengkap denvan suspensi pada tayarnya dan dua bateri yang untuk cip pemprosesan dan juga enjin. Kesemua sensor yang terdapat pada AWS DeepRacer ini akan membantu pembangun mencipta algoritma terbaik berdasarkan trek laluan pilihan.



Sejajar dengan pengenalan AWS DeepRacer, mereka turut mengadakan Liga AWS DeepRacer, membolehkan pembangun berentap sesama sendiri dalam membangunkan algoritma Reinforcement Learning yang terbaik. Liga ini akan dilakukan secara maya, dan juga akan diadakan pada acara AWS Summit yang terpilih. Pembangun dengan markah tertinggi akan bertanding pada acara akhir di AWS re:Invent 2019.


Kereta lumba miniatur AWS DeepRacer ini akan dijual di Amazon pada harga USD 399 dan boleh dipra-tempah bermula hari ini pada harga USD 249.


Layari : AWS DeepRacer


Norlida Ishak Shop