Expired : 18.06.18

AWS Public Sector 2019 – Program EdStart Merupakan Inisiatif AWS Dalam Sektor Pendidikan

AWS Educational Technology (EdStart) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak AWS kepada para startup daripada sektor pendidikan dengan menggunakan teknologi daripada mereka.  Program ini adalah bagi membantu para peserta atau usahawan untuk memupuk kemahiran dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknologi moden dalam sektor pendidikan, seperti pembelajaran atas talian, analisis, dan pengurusan data dengan menggunakan perkhidmatan daripada AWS.


Antara startup yang turut terlibat dalam program ini adalah Arkademi daripada Indonesia, Miao Academy daripada Singapura, dan Inkerz daripada Australia.


Arkademi, Indonesia.



Arkademi merupakan kursus atas talian secara terbuka (massive open online course, MOOC) yang membantu pengguna samaada pengajar atau pelajar untuk mempelajari pelbagai kemahiran melalui platform atas talian ini. Arkademi ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam pendidikan menerusi laman web dan juga aplikasi mudah alih.


Startup ini juga turut bertanggungjawab dalam mendidik para pengajar untuk menghasilkan pembelajaran berasaskan kurikulum yang berkualiti tinggi dan menghasilkan kandungan yang berientasikan pembelajaran mudah alih sekaligus membolehkannya untuk diakses dimana mana sahaja secara atas talian. Bukan itu sahaja, melalui platform ini, ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti kelas mengikut minat dan keinginan mereka secara meluas dengan kos langganan yang rendah. Perkhidmatan ini menggunakan Amazon S3 untuk mengendalikan lebih daripada 400 video pembelajaran.


Miao Academy, Singapura



Miao pula merupakan sebuah syarikat berasaskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang menyasarkan untuk mengubah cara pembelajaran para pelajar. Syarikat ini memfokuskan pada sektor K12 yang merupakan satu terma dalam pendidikan untuk pelajar kelas 1 hingga kelas 12 (bawah 19 tahun).


Mereka ingin membantu sistem pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pendidikan melalui pendekatan berasaskan pembelajaran mesin (machine learning) untuk membantu para pelajar yang berumur 13 hingga 18 tahun dalam mempelajari mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan juga Matematik). Miao menggunakan algoritma tersendiri dan model yang dibina khusus untuk kandungan sektor K12 dalam fungsi enjin carian (search engine) mereka.


Miao juga turut menyasarkan untuk menukar sistem pendidikan sekarang kepada sistem pendidikan yang lebih efisyen dan moden. Uniknya perkhidmatan ini adalah ia mempunyai ruang sembang berilmiah (academic chatbot) untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Pelajar hanya perlu menghantar teks atau merakam gambar dan hantarkannya ke Miao, seterusnya ia akan memberi jawapan dengan pantas, dan keterangan yang lebih lanjut berkenaan topik tersebut. Salah satu teknologi AWS yang digunakan oleh Miao Academy adalah Amazon Lex dan banyak lagi, serta kini sudah mempunyai lebih daripada 5 juta data serta telah menyelesaikan lebih daripada 300,000 soalan melalui sistem pemprosesan pertanyaan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). 


Inkerz, Australia



Inkerz merupakan satu teknologi yang digunakan untuk mendigitalkan penulisan tangan seseorang individu tanpa memerlukan peranti atau paparan skrin tertentu. Menurut Vahid Kolahdouzan, Pengasas dan juga COO kepada Inkerz, misi mereka adalah untuk menjadikan pen dan juga kertas sebagai peranti pintar. Syarikat ini menyasarkan untuk menawarkan Perisian Sebagai Perkhidmatan (Software As a Service, SaaS Cloud) yang berskala besar serta meliputi sektor pendidikan K12 dan pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan untuk kegunaan tugasan harian, peperiksaan dan kerja berkumpulan untuk para guru dan juga pelajar.


Buat masa ini, Inkerz bekerjasama dengan Canvas yang merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang popular. Dengan ini, ia membantu pengguna Canvas bagi menulis terus ke sistem pengurusan pembelajaran mereka dengan mana mana pen atau pensil untuk menulis formula sains dan juga matematik serta lukisan rajah yang tidak boleh ditaip menggunakan papan kekunci. Teknologi ini telah digunakan pada 120 institusi pendidikan dengan purata 9000 pelajar. Inkerz menggunakan teknologi AWS EC2, EI, SageMaker, AppSync, S3, Lambda, Cloud Formation, ECR, Code Pipeline dan kini dalam perancangan untuk menggunakan AWS Direct Connect.


Norlida Ishak Shop