Expired : 18.06.18

Ayda Jebat Terima Pujian Menyanyi Lagu ‘Peluang Kedua’, Netizen Banding Dengan Penyanyi Asal

Baru-baru ini kecoh apabila klip pendek Nabil Razali ‘terkucil’ semasa menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’ telah tular di serata media sosial.


Perkara itu menjadi perdebatan ramai dek penyanyi itu yang sudah 7 tahun berkecimpung dalam dunia seni namun masih lagi melakukan kesalahan hampir setiap kali semasa persembahan.


nabila razali peluang kedua









Akibat menerima kecaman yang hebat daripada orang ramai, Nabila tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa kondisinya pada malam itu tidak berapa baik lantas tanpa sengaja telah menjejaskan kualiti nyanyian.


Pun begitu, gadis itu mempersoalkan kata-kata netizen yang terlampau kasar didengari di telinganya.


“Sampaikan saya terfikir bagaimana mereka dibesarkan sampai sanggup guna ayat kasar sebegitu kepada orang yang mereka tak kenal. Komenlah secara berhemah sebab komen anda menggambarkan keperibadian anda.”


Apabila kontroversi itu mulai reda, Ayda Jebat telah memuat naik klip pendek yang menunjukkan dia sedang menyanyi lagu ‘Peluang Kedua’ di dalam bilik air.



Peluang Kedua versi Ayda Jebat………lagi sedap dari penyanyi asal…..hahahahahahahahahahahaha pic.twitter.com/5BvzTCfcg2


— ALAN AL PADAT (@IniAlannn) June 4, 2020



Walaupun hanya sekejap, tetapi rata-rata netizen telah membanjiri wanita itu dengan pujian yang melambung. Ini kerana Ayda Jebat yang pernah dihentam kerana mutu vokalnya yang rendah nampaknya sudah menampakkan kemajuan.


Bahkan individu yang meninggalkan komen tersebut turut mengakui bahawa dia juga pernah mengata Ayda Jebat suatu ketika dahulu namun berbangga apabila wanita itu menunjukkan kemajuan daripada segi nyanyian.


nyanyian ayda jebat terima pujian


Kebanyakan netizen lain turut bersetuju dan memuji kegigihan pelakon itu memperbaiki vokalnya secara diam sehingga berjaya menunjukkan hasil yang mengagumkan.


nyanyian ayda jebat terima pujian nyanyian ayda jebat terima pujian nyanyian ayda jebat terima pujian nyanyian ayda jebat terima pujiannyanyian ayda jebat terima pujian


Tak salah terima kritikan kalau ia untuk kebaikan, kan?