Expired : 18.06.18

Ayuh Semua Turun ke Himpunan Aman 8 Disember Ini!


Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru dan mengajak rakyat Malaysia walau di mana jua kalian berada untuk sama-sama menghadirkan diri ke Himpunan Aman 8 Disember ini di Dataran Merdeka bermula jam 2.00 petang.


Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ternyata satu tindakan yang telah meniup kebangkitan umat Islam di Malaysia. Muslimat PAS Malaysia berpandangan jika ianya dipersetujui dan dilaksanakan di Malaysia ranaplah satu identiti mercu tanda Islam yang menjadi dasar perlembagaan negara.


Hak kesemarataan yang diperjuangkan membuka peluang dan ruang dari pelbagai pihak yang tidak menghormati perundangan negara sekaligus beranggapan ianya tidak relevan lagi.


Muslimat PAS Malaysia menegaskan ICERD hanya sekadar agenda untuk memuaskan kepentingan golongan tertentu sehingga ada yang sanggup mengorbankan pendirian yang sekian lama dipertahankan.


Kami mendokong penuh kerahan dan arahan Tuan Guru Presiden PAS untuk turut sama hadir dalam Himpunan ini.


Ayuh semua!!! Muslimin muslimat, pemuda, pemudi, lelaki dan wanita seluruh Malaysia. Hadirkan diri kita ke Himpunan Aman 8 Disember ini tanda solidariti dan perpaduan kita untuk kedaulatan serta keamanan sebuah negara yang kita sayangi dan cintai.


Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

4 Disember 2018 bersamaan 26 Rabi’ul Awal 1440


The post Ayuh Semua Turun ke Himpunan Aman 8 Disember Ini! appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop