Expired : 18.06.18

‘Azizah sosok setia suka dan duka’

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan rasa cinta dan penghargaan buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena harijadi isterinya itu yang jatuh pada hari ini.


Menerusi akaun Twitter beliau, Anwar menghargai pengorbanan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang selama ini ‘setia bersama’ beliau.


“Hari ini ulangtahun kelahiran Azizah, yang setia bersama suka dan duka.


“Tidak ada cincin berlian, hanya ingatan dan kata-kata indah,” tulis Anwar pada kiriman gambar beliau dan Dr Wan Azizah.


Dr Wan Azizah yang lahir pada 3 Disember 1952 adalah timbalan perdana menteri wanita pertama Malaysia merangkap menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.


Beliau memimpin KEADILAN sebagai presiden sewaktu Anwar dipenjara kerana Fitnah I dan II di samping mengemudi keluarga dengan enam orang anak.


Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh sebanyak dua kali pada 1999  hingga 2008 dan 2015 hingga 2018 bagi menggantikan Anwar yang ke penjara.


Norlida Ishak Shop