Expired : 18.06.18

Azmin setuju tiada perjanjian rasmi peralihan kuasa 2 tahun Tun M-Anwar

TIMBALAN Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bersetuju dengan kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 2 tahun.


Ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Mukhriz itu dalam satu temu bual dengan Nikkei Asian Review baru-baru ini, Mohamed Azmin Ali tersenyum dan berkata: “Setuju.”


Mohamed ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Kerjaya Graduan Aspire Career Fair di KUala Lumpur Covention Center (KLCC) di Kuala Lumpur hari ini.


Dalam temu bual itu, Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM berkata, tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.


“Tiada perjanjian bahawa peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh 2 tahun.


“Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” katanya.


Menurut menteri besar Kedah itu, persetujuan umum dalam PH adalah Mahathir perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kuasa.


“Dia (Mahathir) perlu diberikan masa yang cukup untuk buat apa yang dia mahu. Walaupun kita tahu umurnya sudah lanjut, tapi dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memperlahankan langkah,” katanya.


Mukhriz juga menafikan dakwaan yang mengatakan wujudnya persaingan kuasa dalam PH serta spekulasi yang mengatakan Mahathir lebih cenderung menjadikan Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi sebagai pengganti beliau.


“Saya fikir, memandangkan majoriti percaya Anwar akan menggantikan perdana menteri, dia (Mahathir) perlu diberikan masa untuk melakukan apa yang dia mahu lakukan,” katanya.


The post Azmin setuju tiada perjanjian rasmi peralihan kuasa 2 tahun Tun M-Anwar appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop