Expired : 18.06.18

Azza Elite Berang Nama Disalah Guna Jadi Ejen “Sugar Mummy”

Menyalahgunakan namanya di sebuah aplikasi media sosial, pelakon dan penyanyi Azza Elite luah rasa kecewa apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap dirinya.


azza elite


Lebih perit, individu tersebut dikhabarkan menggunakan foto pelanggannya untuk tujuan yang salah.









Menurut Azza, itu merupakan “Scammer” yang mengambil maklumat peribadi dan menyamar sebagai dirinya bagi menipu orang lain.


Tambah Azza, beliau memberi individu berkenaan tempoh 24 jam bagi memadam semua yang dimuat naik individu tersebut.


“Jika tidak saya akan buat laporan polis sebab dia menggunakan nama saya.”