Expired : 18.06.18

Babak Mira Filzah ‘Busking’ Depan Suami Koma Jadi Bahan Lawak Netizen

Semalam, drama yang paling diminati ramai, Adellea Sofea telah melabuhkan tirainya dengan kesudahan yang bahagia. Tidak dinafikan, pada awalnya ada yang mengatakan drama ini jalan ceritanya agak klise, namun episod akhir Adellea Sofea tetap mendapat perhatian ramai.


adellea sofea


Antara sebabnya ialah pada episod akhir, Mira Filzah yang membawa watak sebagai Sofea dilihat menyanyi sambil bermain gitar (busking) ketika melawat suaminya yang sedang koma iaitu Firdhaus lakonan Ungku Ismail Aziz.


Siapa sangka, babak tidak logik menyanyi di hadapan suami yang sedang koma akhirnya ‘menjadi’ dan secara tidak langsung membuatkan drama itu terus trending di Twitter.


Netizen terhibur, aksi ‘busking’ melucukan


Adellea Sofea Mira Filzah busking suami koma


Rata-rata netizen terhibur apabila Mira siap menyanyi beberapa rangkap lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud oleh M. Nasir dan lebih lucu lagi  adalah apabila suaminya yang sedang koma terus sedar selepas mendengar nyanyian tersebut. Memang lawak habis.


adellea sofea episod akhir adellea sofea adellea sofea koma m nasir


Respon pengarah


adellea sofea mira filzah gitar adellea sofea


Ada juga netizen mempersoalkan idea pengarah yang memberikan idea untuk menyanyi itu berbanding dengan bacaan Yasin.


Enggan ramai yang salah faham, Shahrulezad Mohameddin tampil memberikan penjelasan mengenai babak tersebut. Menurutnya, babak ‘busking’ hanyalah salah satu alternatif untuk menyedarkan pesakit koma. Seperti di dalam drama tersebut, Sofea mengatakan dia sudah cuba macam-macam dan ini dalah antara usahanya agar suaminya itu sedar.


adellea sofea


Ada kalanya kita perlu rileks dan tidak ambil serius terhadap semua perkara.  Penulis pun terhibur semalam dengan babak abang dah bangun itu. Pujian harus diberikan kepada pengarahnya yang agak kreatif juga menarik minat penonton. Apa pula pendapat korang, best atau tidak drama ini?


Sumber Berita : Twitter Sleepydeena & Budakijat






Norlida Ishak Shop