Expired : 18.06.18

Bagaimana isu 1MDB dan silibus subjek Sejarah ini bermula?




Semalam dalam Parlimen, YB Pontian, YB Ahmad Maslan telah bertanya soalan kepada YB Maszlee Malik yang juga Menteri Pendidikan berkenaan Subjek Sejarah.

Berikut adalah isi soalan yang ditanyakan:

1. Bagaimanakah dengan sekolah swasta Cina yang tidak mengambil mata pelajaran Sejarah Malaysia di dalam silibus mereka?

2. Tajuk apakah yang menjadi kontroversi di dalam silibus sebelum ini yang perlu diubah?

3. Berapa tahunkah sesebuah perkara itu dianggap sebagai sejarah untuk ia dimasukkan di dalam mata pelajaran sejarah sesebuah negara?

Berikut pula video bagaimana jawapan yang diberikan oleh YB Maszlee Malik:




Bagi saya tiada masalah langsung soalan dari YB Pontian ini, tapi lihatlah sendiri jawapan dari Menteri Pendidikan kita.

Instead daripada menjawab soalan yang diberikan secara direct dan straight to the point..

Beliau sebaliknya berkata, beliau menjamin bahawa isu 1MDB akan dimasukkan sejarah Malaysia, jenayah besar pemimpin menyamun khazanah negara juga akan dimasukkan dalam sejarah.

Dan kalau diperhatikan beliau telah mengesahkan bahawa DBP baru nak 'engage' dengan sekolah-sekolah swasta cina tersebut untuk memperkasakan semangat patriotik dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah tersebut?

Apa maksudnya? Maksudnya memang tak belajar lah sejarah Malaysia kan? Macamana sekolah swasta yang tak belajar sejarah Malaysia (baru nak engage), tak mengikut sukatan pelajaran Malaysia dapat dana jutaan ringgit diera Malaysia 'Baharu' ini?

Apakah YB Dr. Maszlee hanya nak divert perhatian dari kejanggalan sistem pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina ini dengan menyebut perkaraan keramat '1MDB'?

Sumber: Khairul Azri




loading...




Share this





Cikgu Share







Related Posts





Norlida Ishak Shop