Expired : 18.06.18

Bagaimana Meleburkan Emas pada Suhu Bilik ?

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca


Nota: [Berikut merupakan ringkasan jurnal oleh penyelidik Chalmers University of Technology berjudul “ Electric-field-controlled reversible order-disorder switching of a metal tip surface “ yang diterbitkan dalam Physical Review Materials pada tahun 2018




Apabila tegangan yang dikenakan ke atas sesuatu bahan meningkat, perkara yang tidak dijangkakan boleh berlaku. Susunan rantaian atom emas juga tidak terkecuali dari mengalami perubahan akibat tengangan yang dikenakan. Buat pertama kali, penyelidik kini telah berjaya meleburkan sampel emas pada suhu rendah iaitu suhu bilik.


Kronologi penemuan mengenai fenomena peleburan emas ini bermula dengan penyelidik (Ludvig de Knoop) dari Chalmer`s Department of Physics meletakkan sampel emas pada Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) untuk tujuan analisis morfologi. Lebih khusus lagi, penyelidik berkenaan berminat untuk mengkaji kesan perubahan medan elektrik terhadap rantaian atom sampel emas berkenaan. Mereka kemudiannya mendapati, lapisan permukaan sampel emas mulai melebur dengan peningkatan medan elektrik yang dikenakan. Penemuan ini merupakan fenomena luar biasa  dan memberikan maklumat fundamental yang baru mengenai emas.


Fenomena peleburan ini disebabkan oleh atom-atom emas menjadi teruja. Di bawah pengaruh medan elektrik, susunan rantaian atom-atom emas mengalami kehilangan kesimbangan seterusnya memutuskan rantaian atom bersebelahan. Menerusi eksperimen lanjutan melalui kaedah pengiraan teoritikal, penyelidik mengaitkan fenomena peleburan emas pada suhu bilik dengan Transisi Fasa Dimensi Rendah. Penemuan ini berkaitan dengan bidang penyelidikan Topologi.


Kebolehan untuk meleburkan sampel emas pada suhu bilik ini merupakan permulaan positif untuk pelbagai aplikasi praktikal yang nobel pada masa depan, Ini kerana penyelidik mula mengkaji kebolehan untuk mengawal dan mengubah sifat lapisan permukaan atom seterusnya membuka peluang untuk kajian ini diterapkan pada pelbagai applikasi lain. Misalannya, kajian ini boleh digunakan untuk penghasilan sensor, pemangkin dan transistor. Terdapat juga kemungkinan penerapan untuk konsep baru komponen nir-sentuhan.


Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang berminat untuk meleburkan emas pada suhu bilik, anda haruslah memiliki Mikroskop Imbasan Elektron (SEM). Sekiranya tidak, anda terpaksalah pergi melawat kedai emas berhampiran untuk tujuan meleburkan emas !.




Sumber : Sciencedaily






1493total visits,247visits today


Norlida Ishak Shop