Expired : 18.06.18

“Baiknya, Suka Tolong Orang,” – Salurkan Bantuan Pada Keluarga Susah, Peminat Puji Sikap Murni Intan Najuwa


Seperti sedia maklum, ada keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah pun memasuki minggu ketiga.


Lalu ramai yang menghulurkan bantuan, seperti pelakon, Intan Najuwa yang memaklumkan ingin memberikan bantuan bagi kepada sesiapa yang amat memerlukan.


“Hey everyone. Intan bukak balik bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. To family, single mother yang sangat-sangat memerlukan, boleh dm intan okay mana tahu rezeki awak pulak kali ni.


“This time, sesiapa nak join pun boleh, last time I managed to help 50 keluarga. I hope this time we can tolong ramai lagi! Tapi Intan tak paksa okay.


“If yang nak join pun, seberapa yang korang mampu je ok! Intan ada letak Number account. Just swipe ke kanan je okay.


“Tomorrow kita tengok berapa amount dari you guys yang kita boleh tambah Feel free to tag your friends & family! #spreadlovenothate #loveyouallsomuch,” tulisnya.




Lantas, rata-rata peminat memuji sikap baik dan prihatin bintang drama bersiri Ironi Kasih itu.



Untuk rekod, Intan telah dilahirkan pada 18 Ogos 1997 di Johor Bahru dan memulakan karier lakonan seawal usia 18 tahun.




Foto : Instagram Intan Najuwa