Expired : 18.06.18

Bale yakin cergas untuk misi wajib menang

GARETH Bale percaya dia mampu memainkan peranan utama dalam misi wajib menang Wales ketika menentang Azerbaijan dan Hungary dalam dua aksi kelayakan Euro 2020, menurut pengurus, Ryan Giggs hari ini.


Bintang Real Madrid berusia 30 tahun itu berdepan kecederaan betis dan tidak beraksi sejak menjaringkan gol ketika Wales seri 1-1 menentang finalis Piala Dunia, Croatia pada 13 Oktober lalu.


Bagaimanapun Giggs berkata, Bale meyakinkannya dia mampu cergas menjelang aksi di Azerbaijan pada 16 November dan menentang Hungary di tempat sendiri tiga hari selepas itu.


"Ia bukan kecederaan besar. Saya kerap menghubunginya dan yakin dia mampu cergas untuk aksi itu. Kali terakhir saya bercakap dengannya dia yakin akan OK.”


Wales yang mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir Euro 2016 kini di tangga keempat dalam kumpulan, enam mata di belakang pendahulu, Croatia dan empat mata di belakang Hungary yang menduduki tangga kedua.


Kedua-dua Croatia dan Hungary hanya tinggal baki satu perlawanan.


Norlida Ishak Shop