v Bangunan UMNO Hulu Perak Bangunan Pertama UMNO Dibina Atas Derma Orang Ramai
Expired : 18.06.18

Bangunan UMNO Hulu Perak Bangunan Pertama UMNO Dibina Atas Derma Orang Ramai

Bangunan UMNO Pertama dibina atas derma orang ramai di Tanah Melayu.

Menurut lisan dan catatan orang-orang lama. Keganasan komunis tidak dapat dipisahkan dari Hulu Perak, begitu juga dengan Parti UMNO.

Hulu Perak adalah kawasan hitam terakhir Tanah Melayu yang menderita dek keganasan komunis sebelum mereka melarikan diri ke selatan Thailand.

Semangat orang Hulu Perak melawan komunis dan inginkan negara yang merdeka menjadi antara sebab mereka bersama perjuangan UMNO sehingga tertubuhnya UMNO di Hulu Perak.

Tahun 1956, di ambang kemerdekaan. Pada masa itu UMNO tiada kekuatan seperti sekarang. Semua aktiviti parti bergantung kepada derma ahli.

Tidak terkecuali, UMNO Hulu Perak. Dengan kutipan derma ahli inilah, mereka berjaya mendirikan bangunan pejabat UMNO di Lenggong (yang pertama di Tanah Melayu, selepas Ibupejabat UMNO di Batu Road, Kuala Lumpur sumber: https://umno-online.my/sejarah/peristiwapenting/)

Bayangkan ketika itu, orang-orang kampung yang kebanyakannya golongan penoreh dan petani miskin, berapa ramai sangat yang bekerja dengan kerajaan British ketika itu. Tiada bantuan agensi kerajaan – tidak ada MARA, RISDA mahupun lain-lain agensi.

Tetapi atas semangat kerjasama dan ingin mengubah bangsa mereka berjaya mendirikan bangunan ini.

Dengan semangat inilah, sehingga kini Hulu Perak masih kekal menjadi kubu kuat UMNO.

Tidak hairan juga di Hulu Perak lahir ramai tokoh-tokoh hebat seperti lima orang menteri besar; Tan Sri Ghazali Jawi (1957)(1974), Dato’ Seri Ahmad Said (1964), Dato’ Seri Wan Mohamed (1977), Tan Sri Tajol Rosli (1999).

Dan tidak ketinggalan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak; Dato’ Saarani Mohamad (2018), Ketua Penerangan UMNO Malaysia; Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah (2018).

Setelah persempadan semula kawasan pilihan raya pada 2003, kini terdapat dua bahagian UMNO di Hulu Perak; UMNO Bahagian Lenggong dan UMNO Bahagian Gerik.

Manakala bangunan bersejarah ini, kini di bawah pentadbiran UMNO Bahagian Lenggong kekal seperti mana asal kewujudannya.

Terbitan: Pemuda UMNO Lenggong

Tulisan asal: En Muhammad Khairi Harun

Berdasarkan sumber: rekod lisan dan tulisan orang lama