Expired : 18.06.18

Bantah PTPTN… Bukankah Dulu PH Yang Ajar Mahasiswa Lakukan Demonstrasi?

KEPALA BATAS, 28 Nov – Kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) seharusnya ‘menerima’ dengan hati terbuka sekiranya para mahasiswa melakukan demonstrasi menuntut janji berkaitan manifesto mereka khususnya janji pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata penganalisa politik tempatan, Azizi Safar.


Jelas beliau, bukan para mahasiswa enggan membayar hutang mereka tetapi mereka sekadar menuntut janji yang pernah dicanangkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) PH.


“Jangan pula maki mahasiswa ini kerana mereka hanya menuntut janji PH… lagi pula PH (ketika menjadi pembangkang) yang mengajar mereka untuk berdemo ketika menuntut agar Barisan Nasional (BN) menghapuskan PTPTN untuk pelajaran percuma.


“Mahasiswa sebenarnya bukan sekadar menuntut janji tetapi mereka juga mahu penangguhan pembayaran balik sehingga ekonomi stabil. Dahulu semasa pentadbiran BN, ada budi bicara yang digunakan untuk pembayaran balik tetapi kini mahu tidak mahu mereka harus membayar melalui potongan gaji,” ujar beliau kepada UMNO-Online.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang memberi amaran untuk mengadakan himpunan bantahan lebih besar sekiranya kerajaan PH masih angkuh melaksanakan polisi pembayaran semula pinjaman PTPTN yang didakwa menzalimi anak muda.


Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ini kerana para mahasiswa berasa terlalu kecewa dengan sikap Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa tidak berusaha mencari jalan penyelesaian dalam hal itu. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop