Expired : 18.06.18

Bantu Anggota Barisan Hadapan, Scha Alyahya Terima Penghargaan PDRM

Menerima surat penghargaan daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sumbangan yang diberikan kepada pasukan berkenaan, pengacara dan pelakon popular tempatan, Scha Alyahya zahir rasa teruja.


scha alyahya surat penghargaan pdrmKredit – Harian Metro


Scha dan suaminya Awal Ashaari seakan terpanggil untuk membantu barisan hadapan iaitu anggota polis dan tentera dalam membanteras rantaian COVID-19.


Menuris laporan Harian Metro, pasangan ini mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan anggota berkenan bagi menghulurkan sedikit sumbangan.


awal ashaari, scha alyahya


“Apa yang kami lakukan adalah untuk membantu dan menyumbang sesuatu kepada mereka yang bekerja keras di barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Mungkin sebelum PKP, hubungan kita sebagai masyarakat tidaklah terlalu erat dengan polis dan tentera. Jadi, saya dan Awal mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan mereka dan hulurkan sedikit sumbangan,” katanya


Namun menurut Scha, selain tidak mahu timbul salah faham di media sosial, kedua dua mereka enggan memberitahu mengenai sumbangan apa yang diberikan malah beliau dikhabarkan segan untuk berkongsi berkenaan perihal tersebut di laman sosialnya.


scha alyahya awal ashaari


“Biarlah kami tahu apa yang kami lakukan. Segan juga untuk kami kongsikan di media sosial kerana tak mahu ada pihak salah faham.


“Hari ini, saya kongsikan juga surat penghargaan ini di Instagram Story sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menghargai sumbangan kami dan sudah berkhidmat untuk kita selaku masyarakat. Bukan sebab saya nak menunjuk atau apa,” tambahnya lagi.





Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, kerjasamanya bersama pasukan barisan hadapan mungkin akan diteruskan lagi biarpun PKP sudah tamat.


Untuk rekod, selain pasangan Scha dan Awal atau lebih mesra disapa Schawal, Dato’ Aaron Aziz, Zul Yahya dan Zarina Anjoulie juga merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan sepanjang tempoh PKP ini.


 


Sumber: Harian Metro