Expired : 18.06.18

Bantu kempen Rantau: ‘Kalau saya nak pi, saya pi’ – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pasti sama ada beliau akan membantu calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S. Streram berkempen di saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau Sabtu ini.


Perdana Menteri berkata, beliau ada hak sendiri sama ada hendak turun membantu calon tersebut atau sebaliknya.


“Itu pilihan saya..kalau saya nak pi (bantu kempen di Rantau), saya pi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.


Sebelum ini, Streram menyatakan hasratnya untuk melihat Dr Mahathir turun ke Rantau untuk membantu kempen beliau.


Menurut Streram, kehadiran Dr Mahathir akan meningkatkan gelombang sokongan kepada PH dalam pilihan raya itu.


Walaupun tidak kisah sesiapa pun untuk turun berkempen, namun Streram memberitahu, dia sangat berbesar hati jika Perdana Menteri sendiri turun membantunya.


“Saya diberitahu (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan berjumpa dengan beliau (Dr Mahathir) untuk dapatkan kepastian.


The post Bantu kempen Rantau: ‘Kalau saya nak pi, saya pi’ – Tun M appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop