Expired : 18.06.18

Bapa Kepada Emma Maembong Bersuara Luahkan Isi Hati

BAPA pelakon Emma Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong memuat naik kenyataan mengingatkan wanita agar menjauhi lelaki yang tidak berguna.


Ismail, 70, menerusi Facebooknya pada Khamis berkata, lelaki yang membuka aib seorang wanita hanyalah mempunyai niat jahat.


“Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu, dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,” tulisnya.


Perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu menerima 50 perkongsian di laman sosial itu.


Rata-rata netizen meminta pelukis itu bersabar dan menasihati anaknya untuk kembali berhijab.



Pada Rabu, dunia hiburan dikejutkan dengan keputusan Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung selepas lima tahun berpenampilan muslimah berhijab.


Emma menjelaskan keputusan yang dibuat itu adalah kehendakknya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.


Dia juga meminta orang ramai tidak menjadikannya contoh yang baik untuk diikuti.


Keputusan Emma itu dibuat ekoran kontroversi beberapa fotonya tidak bertudung tersebar di laman sosial pada akhir Januari lalu.



Foto tersebut diambil ketika dia bercuti bersama kekasihnya abang Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.


Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung


KEPUTUSAN pelakon Emma Maembong memilih untuk tidak lagi memakai tudung selepas lima tahun menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.


Rata-ratanya mengecam tindakan Emma itu dan ada segelintir pula berpendapat keputusan tersebut dibuat disebabkan kehendak Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.


Laman sosial abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq, itu diserang netizen yang menganggap dia menjadi punca Emma tidak bertudung.


Biarpun ramai netizen mengecam namun Syed Abdullah bersyukur masih ada lagi pihak yang berfikiran positif dan berterima kasih kepada yang menegurnya secara baik.


“Apabila seribu komen mencari jalan untuk membawa anda jatuh ke bawah, satu komen mengingatkan anda bahawa ada wujud orang yang baik.



“Terima kasih atas teguran. Syed hargai komen ini,” katanya membalas komen positif salah seorang pengikut di laman sosialnya.


Bagaimanapun, Syed Abdullah menganggap apa yang berlaku dan kecaman terhadapnya itu sebagai satu cabaran.


“Kata-kata daripada seseorang yang faham. Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed la penyebabnya. Sebaliknya, Syed terima semua ini sebagai cabaran,” katanya.


Sebelum ini, dua foto Emma dan Syed Abdullah telah tersebar di laman sosial pada 28 Januari lalu dan menerima kecaman netizen.


Emma telah menafikan dia adalah individu dalam salah satu foto tersebut yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.


SUMBER:MSTAR


Norlida Ishak Shop