Expired : 18.06.18

Baru 5 Hari, BoboiBoy Movie 2 Telah Kutip RM9.9 Juta

Wow. Ternyata pengaruh BoboiBoy terlalu hebat terutama di musim cuti sekolah ini apabila mencatatkan kutipan yang amat memberangsangkan sekali. Baru 5 hari di pawagam, animasi terbitan Astro Shaw dan Animosta Studios ini telah pun mengutip RM9.9 juta dengan jumlah penonton seramai 763,000 orang. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas menjayakan animasi tempatan ini.


kutipan boboiboy movie 2


Untuk makluman, filem BoboiBoy yang pertama telah mengambil masa 13 hari untuk mendapatkan jumlah kutipan yang sama. Jadi ini satu peningkatan yang sangat mengkagumkan. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak:-


Filem BoBoiBoy yang pertama memerlukan 13 hari untuk mendapat jumlah yang sama. Ini menunjukkan penonton di Malaysia sudah menerima dan menyokong animasi tempatan. Jutaan terima kasih kepada yang telah menonton dan memberikan komen dan ulasan yang sangat positif. Ia hadir dalam pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat. Harapnya trend positif ini akan berterusan dan lebih ramai penonton akan dapat berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan


boboi bouy


Anak buah Abang Nara seramai 16 orang telah pun menonton Boboiboy Movie 2 ini pada hujung minggu lepas. Memang best katanya. Kelakar, bermutu tinggi dan ada pengajaran. Memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jadi sekiranya anda belum menonton, bolehlah bawa anak-anak. Sama-sama kita menyokong industri filem tempatan. Tahniah sekali lagi kepada BoboiBoy atas kutipan hebat ini.


Norlida Ishak Shop