Expired : 18.06.18

Baru Cecah Belasan Tahun, Cik B Dedah Harga Item Yang Digayakan Cecah Ribuan Ringgit, “Backpack Ni Special…RM10,000 Hingga RM18,000.”


‘Wow’! Itu mungkin ekspresi pertama apabila anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mendedahkan nilai pakaian yang digayakan, baru-baru ini.


Ketika ditemubual menerusi Instagram rasmi Hot FM beberapa hari lalu, Cik B atau nama sebenanrnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin secara spontan menjawab jujur pertanyaan hos perihal setiap inci harga persalinan yang dikenakan.


Kongsinya, setiap pakaian yang digayakan itu ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit!


“Hari ni, dari atas sampai bawah berapa Cik B Spend,” tanya hos.


“Okay kasut Cik B pakai ini bernilai RM4,000 hingga RM6,000, seluar pula RM700 ke RM1,500 lah, baju-T ni macam RM50, yang kat luar ini RM1,800.


“Beg silang (jenama Gucci) RM6,800 kot dan bagpack ni psecual, RM10,000 hingga RM18,000,” dedahnya sambil menunjukkan setiap pakaian yang digayakan. 




Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata terkejut dengan perkongsian video yang sudah pun mendapat tontonan lebih 200,000 kali itu.



Terdahulu, Cik B kini sukses memiliki jenamanya sendiri iaitu HoW T Cik B (bubble tea) dan Salted Egg Salmon.


Video : Instagram Cik B Havoc


Norlida Ishak Shop