Expired : 18.06.18

Bayern mahu Leno ganti Neuer

PENJAGA gol Arsenal, Bernd Leno berada dalam radar Bayern Munich sebagai sasaran utama mereka.


Leno, 27, penjaga gol antarabangsa Jerman menjadi perhatian kelab gergasi Bundesliga itu yang bimbang dengan tahap prestasi Manuel Neuer.


Leno mencipta nama bersama Gunners sejak menyertai kelab Inggeris itu daripada Bayern Leverkusen dan pengalamannya dalam beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) meningkatkan reputasinya.


Neuer, 33, dianggap antara penjaga gol terbaik dunia tetapi kecederaan dan hilang prestasi menyebabkan Bayern mempertimbang untuk menggantikanya.


Neuer bagaimanapun mengekalkan rekod bersih ketika gergasi Bavaria itu menewaskan musuh ketat Borussia Dortmund 4-0 dalam pertarungan Der Klassiker, semalam.


Penjaga gol utama dalam senarai Bayern adalah rakan senegara Jerman, Marc-Andre ter Stegen tetapi dia diperlukan dalam skuad utama Barcelona.


Leno adalah penjaga gol pilihan ketiga Jerman di belakang Neuer dan Ter Stegen.


Biarpun Leno cemerlang menjaga gawang Arsenal namun bergelut mengekalkan rekod bersih.


Dia hanya memiliki dua sahaja daripada 12 perlawanan EPL musim ini.


Arsenal pula kecundang kepada Leicester City, awal pagi tadi.


Kekalahan itu bermakna Gunners membuat permulaan terburuk dalam musim sejak 1982-83.


Norlida Ishak Shop