Expired : 18.06.18

Bayi 4 bulan maut akibat tersedak susu di rumah pengasuh

NAFAS Mohd Hafez Mohamad berdegup kencang sebaik menerima panggilan dari pengasuh memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.


Tanpa berlengah, Mohd Hafez yang bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang di Tampoi, Johor bergegas ke rumah pengasuhnya di Kampung Melayu Majidee semalam.


Namun, hatinya luluh melihat anaknya, Harraz yang baru berusia empat bulan sudah tidak sedarkan diri dengan muka warna biru manakala badannya sejuk.


“Saya terus bawa ke klinik naik motosikal. Masa dukung Harraz di bahu, saya dapat rasakan dia sudah tidak ada,” katanya sebak.


Selepas dirujuk ke Klinik Kesihatan Kampung Melayu Majidee, bayinya dibawa dengan ambulan ke Hospital Sultan Aminah (HSA) Johor Bahru, namun disahkan sudah meninggal dunia.


Hafiz menuntu jenazah anaknya di hospital selepas proses bedah siasat kira-kira pukul 2 petang tadi.


Hafeez dan isterinya yang dikenali sebagai Najihah, 29, memiliki sepasang cahaya mata dengan yang sulung berusia tiga tahun.


Sementara itu, abang Hafeez, Mohd. Raihan, 35, memberitahu, adiknya sudah lama inginkan seorang anak lelaki.


“Tetapi Allah nak pinjamkan sekejap sahaja,” katanya.


Mohd Raihan mahu pihak polis menyiasat kes itu sebaik mungkin sama ada wujud kecuaian sehingga berlaku kejadian malang itu.


“Sebab pengasuh ni mula-mula kata nak jaga adik (Harraz) sahaja, tetapi lama kelamaan dia ambil juga anak-anak lain sampai tujuh orang,” tambahnya.


The post Bayi 4 bulan maut akibat tersedak susu di rumah pengasuh appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop