Expired : 18.06.18

Bebas Tuduhan Langgar Kontrak, Fazura Zahir Rasa Lega

Bebas daripada tuduhan berhubung dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan, palakon dan penyanyi Nur Fazura didapati tidak bersalah.


fazura bebas kes saman

Kredit – mStar


Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata, Fzaura bersama syarikat Maydan Trading selaku laintif adalah tidak bersalah dan terbatal kerana produk “Q Tab” yang dipromosikan gagal mendapatkan kelulusan pihak berwajib.


Sehubungan itu, Narhamdan Abd Malek selaku pemilik Maydan Trading diarahkan mahkamah untuk membayar kepada defendan Universal Music dan Fazura kedua masing-masing sebnayak RM40,000.









fazura bebas kes saman

Kredit – NST


Fazura yang ditemani suaminya, Fattah Amin berkata beliau kini seakan mampu menarik nafas lega selepas lebih dua tahun mempertahankan maruahnya yang tercalar.


Tambah fazura, beliau seakan terkejut apabila produk mereka dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan phak berwajib.






“Alhamdulillah hari ini terbukti saya tidak bersalah dan jelas segala tuduhan Maydan Trading terhadap saya memang tidak berasas.”


Terdahulu, Narhamdam telah mengemukan saman kepada Fazura pada 16 Disember 2017. Dalam penyataan tuntutan, plaintif itu mendakwa pada 10 Ogos 2017, terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Fazura memasarkan produk keluarannya.


fazura bebas kes saman

Kredit – mStar


Bagaimanapun, sekitar penghujung September 2017, plaintif sekai lagi tampil mendakwa Fazura telah melanggar kontrak kerana melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu “Trudolly” dan “TruBeauty”, sedangkan beliau masih terikat dengan kontrak pemasaran “Q Tab”.


Sumber: mStar