Expired : 18.06.18

Bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah bebas tuduhan rasuah


JOHOR BAHRU, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Bekas Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah hari ini didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta, dua tahun lepas.


Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan melepas dan membebaskan setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin Abd Raub.


Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak boleh memutuskan kes hanya berdasarkan keterangan mencurigakan semata-mata.


“Mahkamah juga mendapati tiada niat jahat bersama antara ketiga-tiga tertuduh selain saksi yang dikemukakan dicurigai kredibiliti dan niat mereka.


“Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan saksi iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Negeri lain berhubung pertikaian keputusan meluluskan pertukaran status lot hartanah Bumiputera,” katanya. -Bernama


The post Bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah bebas tuduhan rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop