Expired : 18.06.18

Bekas pegawai Najib pertahan tindakan muat naik klip video


BANGI, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil, yang memuat naik klip video hari kelima perbicaraan bekas perdana menteri itu, mempertahankan tindakannya, sambil mempersoalkan komen beberapa peguam Pakatan Harapan (PH) yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.


Pada masa sama beliau memut naik satu lagi rakaman video rakaman dan transkripsi mahkamah (CRT) perbicaraan itu dalam laman Facebooknya.


Mempersoalkan hujah peguam-peguam PH bahawa beliau boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah, Isham menyoal kembali dengan meminta mereka menunjukkan peraturan mahkamah yang menyatakan tidak boleh memuat naik CRT perbicaraan awam dalam Facebook atau media sosial lain.


“Untuk pengetahuan mereka, terdapat dua perkara dalam peraturan umum mahkamah berkaitan rakaman ketika perbicaraan:


“Pertama, tidak boleh membuat siaran langsung atau live telecast ketika perbicaraan sedang berlangsung (kecuali dengan kebenaran). Kedua, tidak boleh merakam perbicaraan sendiri.


“Oleh itu dalam hal ini, saya ingin bertanya lagi kepada mereka: Di balik manakah yang saya bersalah menghina mahkamah seperti yang dikata mereka? Dalam video yang dimuat naik semalam, tidak ada siaran langsung mahupun rakaman sendiri,” katanya dalam kenyataan semalam.


Isham berkata, video yang dimuatnaik itu bukan siaran langsung, tetapi adalah rakaman, dan rakaman berkenaan dibuat oleh mahkamah melalui CRT dan bukan oleh pihak lain.


“Di Malaysia setakat ini tidak ada peraturan bertulis berkenaan siaran rakaman transkrip video CRT prosiding mahkamah. Saya pelik jika peguam-peguam PH ini tidak faham atau tidak tahu akan hal ini.


“Saya juga pelik kenapa mereka ini takut sangat apabila rakyat melihat video rakaman perbicaraan ini. Adakah peguam-peguam PH ini tidak mahu rakyat tahu atau lihat sendiri butiran perbicaraan Dato’ Seri Najib?


“Perbicaraan Dato’ Seri Najib ini adalah suatu pendengaran awam (public hearing) oleh itu ianya bukanlah satu rahsia rasmi namun adalah satu rekod awam yang terbuka,” katanya.


Sementara itu, polis telah membuka siasatan berhubung penularan klip video berkenaan.


Memetik laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan kes dibuat susulan satu laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras.


“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.


The post Bekas pegawai Najib pertahan tindakan muat naik klip video appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop