Expired : 18.06.18

Bekas pegawai penyelidik terlibat dadah, PKR nafi insiden tumbuk

Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan seorang pegawai penyelidik parti itu terlibat dalam insiden gaduh dengan pemimpin negeri. — Foto oleh Mukhriz Hazim
Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan seorang pegawai penyelidik parti itu terlibat dalam insiden gaduh dengan pemimpin negeri. — Foto oleh Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Seorang pegawai penyelidik PKR yang didakwa terlibat dalam insiden gaduh dengan seorang pengerusi PKR negeri mempunyai masalah disiplin dan dadah, kata setiausaha akhbar presiden parti.

Tunku Nashrul Abaidah berkata pegawai penyelidik sukarela itu sudah dibuang kerja selepas terlibat dengan insiden terbabit.


“Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti yang diperkatakan individu terbabit,” katanya dalam kenyataan.


“Wakil pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melakukan laporan polis terhadap individu tersebut.”


Katanya saksi di pejabat PKR memaklumkan individu tersebut mempunyai kecederaan lampau dan bukannya disebabkan insiden seperti yang didakwa.


Portal Malaysian Gazette sebelum ini melaporkan seorang pengerusi PKR negeri disiasat polis ekoran dakwaan membelasah seorang penyelidik yang bekerja di pejabat Anwar pada Ramadan lalu.


Mangsa membuat laporan polis pada 26 Mei lalu, serta mengemukakan bukti laporan perubatan hospital swasta.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop