Expired : 18.06.18

Bekas wartawan ProjekMM meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Wartawan Ermizi Muhamad meninggal dunia di HKL akibat jangkitan paru-paru. — Foto ihsan Facebook/Farah Azila Mustapha
Wartawan Ermizi Muhamad meninggal dunia di HKL akibat jangkitan paru-paru. — Foto ihsan Facebook/Farah Azila Mustapha

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Bekas wartawan projekMM Ermizi Muhamad hari ini meninggal dunia di Institut Perubatan Respiratori di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

Pengarang bersekutu Suara Keadilan Redzuan Shamsudin, 44, berkata Ermizi, 29, jawatan terakhir pembantu pengarang akhbar sama, dikesan terkena jangkitan paru-paru minggu lalu.


“Emizi berulang-alik dari rumahnya di Bandar Permaisuri Cheras ke HKL sejak seminggu lalu,” katanya ketika dihubungi ProjekMM.


Pada dua bulan lalu, Rezuan berkata Ermizi, nama sebenar Muhammad Noraizie Ramlan, dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana beliau disyaki terkena penyakit kencing tikus.


“Lepas keluar hospital, beliau sempat kembali bekerja hampir sebulan dan minggu lepas masuk HKL,” katanya.


Selain Suara Keadilan dan ProjekMM, Ermizi juga pernah bertugas di SelangorKini, akhbar milik kerajaan Selangor. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.


ProjekMM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.


Norlida Ishak Shop