Expired : 18.06.18

Bela beruang matahari dalam kondo, penyanyi rock wanita ditahan

Beruang matahari yang disimpan dan dibiarkan dalam sebuah kondominium di Desa Pandan, Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Ida Shareena
Beruang matahari yang disimpan dan dibiarkan dalam sebuah kondominium di Desa Pandan, Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Ida Shareena

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Seorang penyanyi rock wanita ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana memiliki dan menyimpan seekor beruang matahari secara haram dalam rumahnya di sini.

Ketua Pengarah Perhilitan berkata haiwan spesis terancam itu ditemui semalam dalam sebuah kondominium milik penyanyi awal 20-an di Desa Pandan selepas menerima aduan daripada penduduk, lapor Harian Metro.


“Siasatan dilakukan Perhilitan Kuala Lumpur sebelum serbuan dijalankan di sebuah kondominium dekat Desa Pandan,” kata Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.


“Hasil pemeriksaan, kami menemui seekor beruang matahari yang disimpan di dalam sangkar dalam kediaman itu.”


Katanya siasatan mendapati artis itu tidak memiliki dokumen pemilikan sah daripada Perhilitan.


Haiwan liar itu dirampas dan dibawa ke ibu pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut, katanya lagi.


“Siasatan dilakukan dijalankan untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab membekalkan beruang berkenaan kepada artis wanita itu.


“Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum hingga RM500,000 dan penjara lima tahun,” katanya.


Sebelum itu tular di media sosial apabila jiran menyedari bunyi bising haiwan itu dari unit tingkat atas kondominium, dipercayai kelaparan akibat ditinggalkan tuannya yang pulang ke kampung menyambut Aidilfitri sejak beberapa hari lalu.


Norlida Ishak Shop