Expired : 18.06.18

Belanjawan 2020 boleh runtuh sistem ekonomi negara: Zahid

BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Datuk Seri Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam boleh meruntuhkan terus sistem ekonomi negara.


Presiden UMNO itu yakin belanjawan yang diumum sebenarnya lebih kepada mahu memikat semula sokongan rakyat yang semakin tiris kerana kegagalan mereka menunaikan janji manifesto.


Katanya, kerajaan sepatutnya menunaikan terlebih dahulu janji mereka kepada rakyat kerana sehingga hari ini masih ada janji lama yang tidak tertunai.


“Laksanakan dulu janji dalam Belanjawan yang dulu. Yang dulu pun banyak tak tunai sudah buat janji baru. Laksanakan yang dulu, baru orang yakin.


“Dari segi keselamatan pula juga tidak ada penambahbaikkan kecuali Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang ditolak anggota bawahan dan pegawai atas,“ katanya seperti dilapor Umno Online.


Pada masa sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah turut mengakui Belanjawan 2020 tidak menyeluruh dan hanya menyambung pendekatan dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.


Katanya, tidak dinafikan terdapat pemberian bantuan-bantuan kepada petani, nelayan dan pekebun kecil tetapi hakikatnya jauh lebih rendah berbanding seperti yang diberikan kerajaan lama.


“Harapan rakyat tentu mahu melihat kerajaan PH menunaikan janji yang mereka kemukakan kepada rakyat terutama dalam manifesto sebelum ini.


“Namun ternyata belanjawan ini keseluruhannya tidak ada sesuatu program baru. Yang banyak kita lihat adalah menyambung kebanyakan program dan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini. Ini dapat dibuktikan melalui program-program dari sudut ekonomi,” katanya.


Mengulas mengenai gaji minimum yang dinaikkan kepada RM1,200 katanya, ia tidak menepati janji mereka sebelum ini.


Soalnya, kenaikan RM100 hanya terhad di kawasan bandar sahaja dan bagaimana pula mereka di luar bandar dan jelas tidak disebut.


“Masih lagi tidak melepasi RM1,500 sepertimana dijanjikan walaupun berlaku kenaikan. Yang akan menjadi masalah bagaimana mahu mentafsirkan bandar. Kalau di Lenggong pun bandar juga. Jadi tafsiran kita harap perkara ini diteliti dan saya minta apa yang dijanjikan itu ditunaikan,” katanya.


The post Belanjawan 2020 boleh runtuh sistem ekonomi negara: Zahid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop