Expired : 18.06.18

Belanjawan PH letak petani, nelayan kelas ketiga: PAS

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Pemuda PAS menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng minggu lalu, meletakkan golongan petani, penternak dan nelayan dalam ‘kelas ketiga’.


Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, nasib golongan ini tidak diberi perhatian sewajarnya, sedangkan ia penggerak peranan penting pengeluaran keperluan makanan dalam negara.


Beliau berkata, seperti mana para atlet negara disediakan RM100 juta sebagai inisiatif dalam sumbangan sukan, golongan pengawal rantaian makanan juga perlu diberi ‘tempat’ terbaik dalam masyarakat atas peranan mereka.


“Kerajaan seharusnya melakukan ‘pelaburan’ sewajarnya ke atas golongan itu sebagaimana diperuntukkan kepada sasaran lain yang dikategorikan menyumbang kepada negara,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.



Beliau berkata demikian dalam perbincangan Belanjawan 2019 pada program Teh Tarik For Malaysia di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, di Gombak.


Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan potongan besar peruntukan sehingga 75 peratus iaitu RM98.5 juta berbanding RM262 juta kepada nelayan dan sebanyak 50 peratus iaitu daripada RM593 juta kepada RM281.5 juta kepada pesawah.


”Hal itu hanya akan terus menyebabkan golongan tersebut menjadi rakyat kelas ketiga di negara ini.


“Sedangkan di negara seperti Jepun dan United Kingdom, golongan demikian merupakan jutawan kerana mengawal rantaian makanan,” katanya.


The post Belanjawan PH letak petani, nelayan kelas ketiga: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop