Expired : 18.06.18

‘Beli apps pun kena tibai cukai enam peratus’


BANGI, 3 Syaaban 1440H, Selasa – Datuk Seri Najib Razak hari ini mengkritik tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meluluskan dua lagi cukai baharu di Dewan Rakyat, semalam.


Menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan PH pernah berjanji bahawa tidak akan ada cukai baharu dalam tahun ini.


Najib berkongsi senarai cukai berkenaan membabitkan levi pelepasan sehingga RM40 dan perkhidmatan digital sebanyak enam peratus, yang akan berkuat kuasa Jun tahun ini serta Januari 2020.


“Beli apps daripada Appstore pun kena senyap-senyap tibai enam peratus. Levi pelepasan ke atas sesiapa yang mahu keluar negara akan dikenakan RM20 jika menuju ke negara Asean dan RM40 jika ke negara lain bermula 1 Jun tahun ini.


“Kedua-dua cukai ini tidak pernah wujud zaman BN, tetapi inilah yang rakyat mahu,” katanya.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan dan meluluskan bacaan pertama berkaitan dua cukai baharu itu di Dewan Rakyat semalam.


Najib berkata, Mac lalu, kerajaan juga telah memperkenalkan cukai untuk empat bidang perkhidmatan, membabitkan hiburan, pembersihan, latihan serta pelaburan.”Kalau nak bawa kanak-kanak ke taman tema, basuh baju di dobi, pergi kursus dan beli saham, kena bayar cukai. Cukai gula juga akan mula dilaksanakan pada 1 Julai tahun ini.


“Ini yang rakyat mahu sambil bersama-sama mencapai impian hutang RM1 trilion dengan PH. Hutang rasmi negara sudah naik dari RM686 bilion ke RM780 bilion selepas PH memerintah.


“Rakyat sudi sumbang kepada PH melalui banyak cukai-cukai baru. Tetapi, masalahnya ialah rakyat turut terkena,” katanya.


The post ‘Beli apps pun kena tibai cukai enam peratus’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop