Expired : 18.06.18

Beli ayam goreng dapat minyak masak percuma

Familia Fried Chicken memberi minyak masak percuma kepada pelanggan sebagai usaha mempromosikan minyak masak bebas kolestrol. — Foto ihsan Instagram/familiafriedchicken.my
Familia Fried Chicken memberi minyak masak percuma kepada pelanggan sebagai usaha mempromosikan minyak masak bebas kolestrol. — Foto ihsan Instagram/familiafriedchicken.my

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Pengunjung bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang berpeluang mendapat minyak masak percuma dengan membeli set ayam goreng.

Pengusaha Familia Fried Chicken Muhammad Nazmi Jamil berkata, minyak masak itu dapat diperoleh secara percuma di lapan lokasi sekitar Lembah Klang, lapor Harian Metro.


“Kami bekerjasama dengan jenama minyak masak tempatan, Alif. Hampir 6,000 botol minyak masak 500 ml diberikan secara percuma kepada pelanggan.


“Setiap pembelian satu set Familia Fried Chicken yang berharga RM10, dapat sebotol minyak masak Alif,” katanya.


Beliau berkata usaha berkenaan dilakukan bagi mempromosikan minyak masak bebas kolestrol.


“Kami memilih untuk menggoreng dengan menggunakan minyak masak Alif yang diperkaya dengan vitamin E.


“Selain itu, kami tidak memakai minyak masak berulang kali demi menjaga kualiti,” katanya lagi.


Norlida Ishak Shop