Expired : 18.06.18

Belum ada keputusan ambil alih lebuh raya Gamuda: PM


PUTRAJAYA, 6 Zulkaedah 1440H, Selasa – Kabinet belum membuat keputusan muktamad berhubung pengambilalihan konsesi tol empat lebuh raya Gamuda Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Belum buat, belum buat lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasiona di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kabinet telah membuat keputusan berhubung pengambilalihan berkenaan.


Pada 23 Februari lepas, Dr Mahathir mengumumkan cadangan pengambilalihan keempat-empat konsesi lebuh raya berkenaan.


Lebuh raya tersebut ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart).


Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan pada 21 Jun telah mengemukakan tawaran bersyarat, tertakluk kepada kelulusan Kabinet, untuk mengambil alih empat lebuh raya itu dengan kos RM6.2 bilion.- Bernama


The post Belum ada keputusan ambil alih lebuh raya Gamuda: PM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop