Expired : 18.06.18

Bengkel Pengurusan Strategik Mantapkan Penerangan PAS Perlis

Oleh: Muhammad Hadi


KANGAR : Ke arah memantapkan lagi pengurusan serta gerak kerja penerangan, satu sesi bengkel telah diadakan bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS), dekat sini hari ini.


Bengkel Pengurusan Strategik LPMB anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) PAS Pusat itu telah melibatkan seluruh penggerak Lajnah Penerangan dan Media Baharu di peringkat negeri, dewan-dewan serta kawasan-kawasan dari seluruh negeri Perlis.


Dua orang penceramah hadir mengisi slot-slot sepanjang bengkel iaitu AJK PAS Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad dan AJK LPMB PAS Pusat, Mohd. Rosharizan Mohd. Rozlan.



Menurut Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon, pelbagai input penting melibatkan pengurusan media serta medium penerangan telah disampaikan sepanjang sesi bengkel tersebut.


“Di peringkat negeri, kita bersedia menyahut cabaran LPMB PAS Pusat untuk menterjemahkan segala input yang diberi ke dalam bentuk gerak kerja bagi memperkasakan lagi gerak kerja penerangan di negeri ini,” katanya.


The post Bengkel Pengurusan Strategik Mantapkan Penerangan PAS Perlis appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop